Cabut gigi..

Hari nih, Selasa, aku tak puas hati dengan kedudukan gigi geraham aku, dulu aku pernah cabut gigi geraham aku.. tp sudah agak lama.. yang tinggal hanya tunggul di dalamnya.. maka aku nekad nak cabut gigi itu hari nih..

Dalam pukul 1 tghari, aku pergi ke klinik gigi Suresh. Mulanya aku tanya, berapa kos nak cabut gigi.. assistant kaunter tu beritahu, lingkungan RM40 – RM45.. lalu aku terus setuju. Setengah Jam kemudian, aku masuk ke bilik surgeri.. aku baring. Doktor terus bertanya pada aku, gigi mana yang hendak dicabut. Aku menunjukkan gigi geraham tunggul tersebut. Doktor mengangguk. Satu persatu benda dimasukkan ke dalam mulutku. Mulanya aku tengok, ada gel berwarna merah disapu di tepi gusi. Dibiarkan lama sedikit, lalu diminta aku berkumur. Aku juga diberikan ubat berupa pil. Aku telan. Kemudian doktor pun suntik bahagian gusi aku, aku cuba mengamati/mencari rasa sakit tu, adalah sikit. Tapi tak terasa sangat pun..

Pastu aku dibiarkan, perlahan-lahan aku rasa macam dan takde tulang.. kemudian doktor bertanya sambil menekan bahagian gusi dengan dengan peralatannya “Sakit tak?” doktor bertanya. Aku diam sahaja kerana mulut aku dah terbuka luas. Aku beri isyarat mata saja. Doktor pun memulakan kerjanya. Digoyang sana, di goyang sinih, akhirnya gigi aku pun berjaya dicabut. Besar juga gigi bahagian bawah tu..

Balik ke IKIP, kain kasa bertukar kapas, namun darah tidak juga berhenti, aku gigit kemas kain dan kapas tu.. sampai di rumah, aku teruskan menggigit.. hahahaha.. dah pukul 0833pm, darah masih tak berhenti. Hahahahahahaha.. Aku diam je la.. dari pagi aku tak makan ape pun. Alamat berpuasa lah aku…

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

Comments are closed.